Tuesday, September 29, 2015

Cara Mengurangkan Beban Hutang


Hutang adalah perkara yang menjadi kelaziman kepada setiap individu.Namun ramai sudah pun terjebak jauh kedalam lurah hutang yang dalam.Berikut adalah antara cara-cara yang mungkin boleh difikirkan untuk mengurangkan beban hutang. Matlamat utama bagi pekerja-pekerja adalah untuk mengurangkan negative cash flow.

1)      Untuk Hutang Kad Kredit, Lakukan Balance Transfer

Jika anda bertekad untuk menghapuskan hutang Kad Kredit,adalah satu idea yang baik untuk melakukan pindahan baki kad kredit anda untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah.Kebanyakan bank menawarkan 0% faedah  bagi tujuan ini. Kaedah ini mampu menyusun hutang anda dengan lebih baik.
2)      Selesaikan hutang yang paling Kecil dahulu

Jika terdapat mana-mana duit yang tidak disangka (BR1M atau bonus ASB) ,selesaikan hutang yang lebih kecil dahulu. Kawal nafsu untuk membelanjakan duit yang kita dapati itu .”Tewaskan” hutang anda satu demi satu.Contohnya hutang membeli barangan elektrik atau perabot rumah.

3)      Elakkan menambah Hutang

Dalam keadaan sekarang, bank negara hanya membenarkan pinjaman sehingga 10 tahun sahaja berbanding 20-30 tahun seperti beberapa tahun lepas. Maka, dengan tempoh lebih pendek,bermakna bayaran lebih tinggi. Idea untuk membuat pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang-hutang kecil yang lain mestilah dipertimbangkan dengan lebih terperinci.Langkah ini mungkin mendatangkan lebih masalah daripada penyelesaian.

4)      Beli Barangan Wajib dahulu setiap bulan (Contohnya susu anak-anak dan lampin)

Jika kita sudah membeli barangan keperluan ini terlebih dahulu,maka kecenderungan untuk menambah hutang dan terlebih belanja itu dapat dikurangkan. Belanja “hangus” ini perlu dilenyapkan terlebih dahulu sebelum sampai hujung bulan.

5)      Ubah Cara Hidup

Ini lebih mudah dikatakan berbanding melaksanakanya. Berapa ramai antara kita yang suka  membeli makanan diluar walhal kita tahu bahawa makanan dirumah kadangkala lebih enak. Kita suka membeli Teh O ais diluar sedangkan dirumah pun sudah ada teh dan gula yang tidak dibancuh. Kita selalu memberi ganjaran atas sikap malas kita dengan berbelanja melebihi keperluan dan akhirnya terpaksa berhutang.

6)      Ikhtiar Mencari sumber tambahan

Jika isteri tidak berkerja, berkemungkinan kita harus mempertimbangkan untuk beliau turut sama berkerja.Jika melakukan satu kerja sahaja,kita mungkin perlu menambah satu lagi kerja tambahan bagi menampung kos bulanan yang semakin meningkat.

7)      Ikhtiar Penjimatan
Jika Bil Astro anda agak tinggi, anda harus cuba untuk mengurangkan komitmen berkenaan. Mungkin penjimatan bil elektrik,bil langganan internet atau kelab boleh membantu menambah cash flow anda.


No comments:

Post a Comment