Tuesday, September 29, 2015

Politik Malaysia Yang Basi

Politik dinegara kita sudah jahanam dan tidak berfungsi lagi. Ahli politik tidak mementingkan pengundi tetapi diri sendiri. Ramai yang mungkin doa supaya mereka cepat mati.

Perlembagaan ditafsir oleh mereka yang tidak mengerti. Perhimpunan aman dituduh sebagai pencabul demokrasi. Yang batil sentiasa dibisikkan media sehingga yang benar jadi palsu,yang palsu jadi suci.

Anehnya seolah-olah tiada siapa yang sedar bahawa majoriti rakyat menyampahkan mereka. Ramai takut terasa seperti neraka. Jika boleh mahu lari keluar negara sahaja.Tapi apakan daya,ini tanah kita.Tanah air tempat tumpah darah dan jiwa.

Menteri sudah jadi bodoh.Hari-hari berbohong membela seperti dibomoh. Rakyat tiada tempat berteduh.Dipayung juga mereka yang besar pengaruh. Muka masing-masing semakin keruh.Masih ada lagikah roh?

Cakap sana sini pun tak guna. Hari-hari mahu makan juga. Kutuk sana sini, esok roti canai kena bayar juga. Datang bil elektrik,kalau tak bayar takboleh main petik-petik.Kereta tak bayar nanti kena tarik. Pasal GST malas nak cerita.

Syarikat telco semua menipu. Topup tak habis lagi dah minta baru.Tiba-tiba datang SMS cas kredit kononya langgan lagu.Yang peliknya takkan mereka tak tahu. 

Telefon pula perkhidmatan tak pernah elok.Internet macam buat olok-olok.Inilah akibat monopoli kapitalis yang suka menjolok. Jangan sampai korang dibakar macam colok.



Tips Mencari Kerja Segera

Ramai yang mahukan kerja dengan segera terutamanya lepasan universiti. Maklumlah,kerja yang baik biasanya mengambil masa temuduga yang lama dan tempoh yang panjang.Hidup mesti diteruskan.Jadi berikut antara tips untuk mendapatkan kerja dengan segera:

1) Pergi ke Walk In Interview
Walk in interview adalah cara paling pantas untuk mendapatkan kerja. Kita tidak perlu menuggu panggilan temuduga.Calon hanya perlu menghadiri temuduga pada hari yang ditetapkan dengan membawa segala sijil yang berkaitan.

2) Kerja Berkaitan dengan Sales

Dimana-mana saja, syarikat memerlukan mereka yang ada kemahiran untuk menjual.Melakukan sales adalah tunjang hampir kesemua syarikat.Malah ia adalah tunjang ekonomi itu sendiri. Namun, kadar pertukaran perkerja dalam bidang ini adalah tinggi.Pekerja sentiasa bersilih ganti.Jadi untuk mereka yang mahukan pengalaman baru,tidaklah salah mencuba bidang ini. Ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan pengalaman untuk kerja baru kelak.

3) Mendaftar diri di Laman Mencari kerja Seperti Jobstreet dan lain-lain

Jangan kita menjadi malas untuk mendaftar diri dan mengisi borang-borang didalam laman berkenaan. Jika kita mengisi resume kita sambil lewa sahaja, sudah tentulah majikan akan sambil lewa juga mahu mengambil kita berkerja.Isi borang dan maklumat didalam Jobstreet terutamanya dengan bersungguh-sungguh.

4) Tidak terlalu memilih kerja (Pilih Gaji sahaja)

Jawatan yang diberikan haruslah setimpal dengan masa dan tenaga yang dicurahkan.Kita tidak perlu terlalu memilih,sekadar kerja itu setimpal sahaja. Saya tidak bersetuju akan kenyataan sesetengan menteri menyalahkan graduan yang memilih kerja kononya. Saya yakin jika beban kerja yang diberikan setimpal dengan gaji yang ditawarkan,sudah tentulah mereka akan memilih dahulu sebelum pendatang asing mengambil peluang berkenaan.  Oleh itu,kerja bagaimanapun tidaklah menjadi hal,asalkan ianya sesuai dengan bayaran yang bakal diberikan.

Cara Mengurangkan Beban Hutang


Hutang adalah perkara yang menjadi kelaziman kepada setiap individu.Namun ramai sudah pun terjebak jauh kedalam lurah hutang yang dalam.Berikut adalah antara cara-cara yang mungkin boleh difikirkan untuk mengurangkan beban hutang. Matlamat utama bagi pekerja-pekerja adalah untuk mengurangkan negative cash flow.

1)      Untuk Hutang Kad Kredit, Lakukan Balance Transfer

Jika anda bertekad untuk menghapuskan hutang Kad Kredit,adalah satu idea yang baik untuk melakukan pindahan baki kad kredit anda untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah.Kebanyakan bank menawarkan 0% faedah  bagi tujuan ini. Kaedah ini mampu menyusun hutang anda dengan lebih baik.
2)      Selesaikan hutang yang paling Kecil dahulu

Jika terdapat mana-mana duit yang tidak disangka (BR1M atau bonus ASB) ,selesaikan hutang yang lebih kecil dahulu. Kawal nafsu untuk membelanjakan duit yang kita dapati itu .”Tewaskan” hutang anda satu demi satu.Contohnya hutang membeli barangan elektrik atau perabot rumah.

3)      Elakkan menambah Hutang

Dalam keadaan sekarang, bank negara hanya membenarkan pinjaman sehingga 10 tahun sahaja berbanding 20-30 tahun seperti beberapa tahun lepas. Maka, dengan tempoh lebih pendek,bermakna bayaran lebih tinggi. Idea untuk membuat pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang-hutang kecil yang lain mestilah dipertimbangkan dengan lebih terperinci.Langkah ini mungkin mendatangkan lebih masalah daripada penyelesaian.

4)      Beli Barangan Wajib dahulu setiap bulan (Contohnya susu anak-anak dan lampin)

Jika kita sudah membeli barangan keperluan ini terlebih dahulu,maka kecenderungan untuk menambah hutang dan terlebih belanja itu dapat dikurangkan. Belanja “hangus” ini perlu dilenyapkan terlebih dahulu sebelum sampai hujung bulan.

5)      Ubah Cara Hidup

Ini lebih mudah dikatakan berbanding melaksanakanya. Berapa ramai antara kita yang suka  membeli makanan diluar walhal kita tahu bahawa makanan dirumah kadangkala lebih enak. Kita suka membeli Teh O ais diluar sedangkan dirumah pun sudah ada teh dan gula yang tidak dibancuh. Kita selalu memberi ganjaran atas sikap malas kita dengan berbelanja melebihi keperluan dan akhirnya terpaksa berhutang.

6)      Ikhtiar Mencari sumber tambahan

Jika isteri tidak berkerja, berkemungkinan kita harus mempertimbangkan untuk beliau turut sama berkerja.Jika melakukan satu kerja sahaja,kita mungkin perlu menambah satu lagi kerja tambahan bagi menampung kos bulanan yang semakin meningkat.

7)      Ikhtiar Penjimatan
Jika Bil Astro anda agak tinggi, anda harus cuba untuk mengurangkan komitmen berkenaan. Mungkin penjimatan bil elektrik,bil langganan internet atau kelab boleh membantu menambah cash flow anda.